
Perodua Bezza 2025
Nikmati pemanduan sedan yang jimat minyak dan luas dengan Perodua Bezza 2025 — sebuah sedan cekap tenaga (EEV) yang direka untuk kegunaan seisi keluarga dan bandar, menggabungkan ruang boot terbesar, kecekapan, keselesaan, dan nilai terbaik untuk rakyat Malaysia.
Lihat harga rasmi, spesifikasi utama, dan anggaran ansuran bulanan sebelum membuat tempahan Bezza anda hari ini.
Harga Perodua Bezza 2025 (OTR Price Malaysia)
Berikut ialah senarai harga rasmi Perodua Bezza 2025 di Malaysia. Semua harga adalah On-The-Road (termasuk insurans) dan tertakluk kepada promosi semasa.
Bezza 2025 datang dengan 4 varian utama. Harga Kereta Perodua Bezza bermula dari RM36,090.00 sehingga RM51,931.00. Ansuran bulanan dari serendah RM394 sehingga RM549 (mengikut data ansuran 9 tahun).
| Varian | Harga OTR (Termasuk Insuran & Roadtax) |
|---|---|
| Bezza 1.0 Std G (M) | RM36,090.00 |
| Bezza 1.0 Std G (AT) | RM38,145.00 |
| Bezza 1.3 Premium X (AT) | RM45,766.00 |
| Bezza 1.3 Advance (AV) | RM51,931.00 |
Nota: Kiraan ansuran bulanan Bezza di atas adalah berdasarkan Interest Rate 3.2% (anggaran lama). Harga sebenar mungkin berbeza mengikut kadar faedah bank dan promosi semasa. Sila rujuk penasihat jualan sah untuk pengesahan harga terkini.
Jika anda seorang graduan baharu, jangan lepaskan peluang untuk memohon Skim Graduan Perodua 2025 yang menawarkan kemudahan Pinjaman Penuh 100% dan Tanpa Penjamin.
Spesifikasi Utama Perodua Bezza 2025
Perodua Bezza 2025 direka untuk keselesaan dan keselamatan penumpang. Berikut adalah ciri-ciri utama Bezza mengikut kategori:
Lihat Spesifikasi Penuh: Perodua Bezza Specification
Ciri Infotainment & Keselesaan
- Infotainment: Varian AV mendapat sistem multimedia skrin sentuh yang dikemaskini dengan Navigasi dan Smartlink. Ia juga mempunyai paparan unit infotainment yang memaparkan tajuk lagu dan penyanyi dalam bahasa Cina.
- Keselesaan: Tempat duduk semi-bucket kulit bergaya (spesifikasi teratas).
- Kemudahan: Mengekalkan fungsi keyless entry dan butang push-to-start.
- Ruang: Tempat duduk belakang lebih selesa dengan pelarasan semula recline angle.
Ciri Keselamatan Bezza
- Semua varian Bezza hadir dengan 2 Beg Udara.
- Varian 1.3 X dan ke atas dilengkapi VSC (Vehicle Stability Control) dan traction control.
- Varian AV merupakan satu-satunya varian yang menerima pakej penuh A.S.A 2.0 (Advanced Safety Assist), termasuk Autonomous Braking.
Penggunaan Petrol Perodua Bezza
- Menurut Perodua, penggunaan bahan api Bezza paling jimat ialah 4.4 L/100km.
- Penggunaan bahan api tertinggi ialah 4.7 L/100km.
- Kecekapan petrol boleh dipengaruhi oleh keadaan jalan raya, gaya pemanduan, kelajuan, muatan dan keadaan kenderaan.
Pilihan Warna Bezza
Perodua Bezza 2025 tersedia dalam 6 pilihan warna menarik:
- Garnet Red
- Sugar Brown
- Granite Grey
- Ocean Blue
- Glittering Silver
- Ivory White
Kira Ansuran & Tempah Perodua Bezza
Untuk semakan bajet dan kelayakan gaji, gunakan kalkulator pinjaman rasmi kami (atau merujuk kepada penasihat jualan):
Kalkulator Pinjaman Bezza: Kalkulator Pinjaman Perodua
Atau terus tempah sekarang dengan penasihat jualan Perodua yang sah:
Tempah Bezza Sekarang: Tempah Perodua Bezza Sekarang
Kelulusan Bank: Kelulusan pinjaman adalah bergantung kepada budi bicara pihak bank dan profil peminjam.
Dokumen Yang Diperlukan Untuk Tempahan
Untuk membuat tempahan, sila sediakan salinan dokumen berikut:
| Kategori Pemohon | Dokumen Diperlukan |
|---|---|
| Kerja Swasta / Kerajaan | IC, Lesen Memandu, Slip Gaji 3 Bulan (Terkini), Penyata Bank 3 Bulan (Terkini). |
| Skim Graduan | IC, Lesen Memandu, Offer Letter (terkini), Skrol atau Transkrip. |
| Berniaga / Kerja Sendiri | IC, Lesen Memandu, SSM, Penyata Bank 6 Bulan (Terkini). |
| Syarikat Sdn Bhd | IC Director, Form 9/24/44/49, Penyata Bank Syarikat 6 Bulan (Terkini). |
Emel dokumen yang telah lengkap ke [email protected] atau WhatsApp En. Nazrin di 013-4800 878.
Soalan Lazim (FAQ) Perodua Bezza 2025
-
Apakah harga permulaan Perodua Bezza 2025?
Harga bermula dari sekitar RM36,090.00 untuk varian 1.0 Std G (M).
-
Bolehkah saya menempah Perodua Bezza secara online?
Ya. Tempahan boleh dibuat terus dengan menghantar dokumen lengkap kepada En. Nazrin melalui WhatsApp atau emel.
-
Bagaimana cara mengira ansuran bulanan Perodua Bezza?
Gunakan Perodua Loan Calculator di laman web kami untuk semakan cepat berdasarkan deposit, tempoh pinjaman dan kadar faedah 3.2%
-
Berapa lama tempoh menunggu untuk Perodua Bezza?
Tempoh menunggu biasanya 1–3 bulan, bergantung kepada varian, warna dan stok. Maklumat terkini akan diberikan semasa tempahan.
-
Di mana saya boleh lihat model Proton lain?
Anda boleh lawati halaman Senarai Model Perodua untuk perbandingan model lain seperti Axia, Myvi, Alza, Ativa dan Aruz.
Pautan Berguna
- Senarai Model Perodua
- Skim Graduan Perodua
- Dealer & Showroom Perodua
- Penasihat Jualan Perodua
- Kalkulator Pinjaman Perodua
Semoga perkongsian ini memudahkan anda untuk memiliki kereta Perodua Bezza idaman anda tahun ini.


