Sedang mencari harga Perodua Alza 2026 terkini di Malaysia? Di halaman ini, anda boleh semak harga rasmi On-The-Road (OTR) Perodua Alza 2026, anggaran ansuran bulanan, serta perbandingan varian sebelum membuat tempahan.

Perodua Alza 2026 ialah MPV 7-penumpang paling praktikal dalam rangkaian Perodua. Ia sesuai untuk keluarga besar, kegunaan harian, perjalanan jauh serta pengguna yang mementingkan keselesaan, ruang kabin luas dan ciri keselamatan moden.
Harga Perodua Alza 2026 (OTR Rasmi Malaysia)
Semua harga Perodua Alza 2026 di bawah adalah harga On-The-Road (OTR). Harga sebenar mungkin berbeza bergantung kepada pakej insurans, promosi semasa dan lokasi pendaftaran.
| Varian | Harga OTR (RM) |
|---|---|
| 1.5 X | 64,815.00 |
| 1.5 H | 70,481.00 |
| 1.5 Advanced | 78,174.00 |
Ansuran Bulanan Perodua Alza 2026
Anggaran ansuran bulanan di bawah adalah berdasarkan deposit 10% dan kadar faedah semasa. Jumlah sebenar tertakluk kepada kelulusan bank dan profil pemohon.
| Varian | 10% Deposit (RM) | 7 Tahun (RM) | 9 Tahun (RM) |
|---|---|---|---|
| 1.5 X | 6,815 | 845 | 692 |
| 1.5 H | 7,481 | 918 | 751 |
| 1.5 Advanced | 7,174 | 1035 | 847 |
Kenapa Pilih Perodua Alza 2026
Perodua Alza 2026 dikuasakan enjin 1.5L Dual VVT-i dengan transmisi D-CVT yang memberikan pemanduan lancar dan jimat minyak. Ia turut dilengkapi teknologi keselamatan Advanced Safety Assist serta ruang kabin fleksibel untuk kegunaan keluarga.

- Enjin 1.5L Dual VVT-i dengan transmisi D-CVT
- Kabin luas 7 penumpang dengan susunan tempat duduk fleksibel
- Advanced Safety Assist (ASA) untuk varian terpilih
- Ruang but besar dan praktikal untuk keluarga
- Aircond belakang dan keselesaan perjalanan jauh
- Kos penyelenggaraan rendah dan nilai jualan semula tinggi
Perbandingan Varian Perodua Alza 2026
Berikut ialah perbezaan utama antara varian Perodua Alza 2026 bagi membantu anda membuat pilihan terbaik mengikut keperluan keluarga dan bajet.
| Ciri Utama | X | H | AV |
|---|---|---|---|
| Enjin | 1.5L Dual VVT-i | ||
| Transmisi | D-CVT Automatik | ||
| Advanced Safety Assist | Tidak | Ya | Ya |
| Bilangan Airbag | 2 | 4 | 6 |
| Smart Entry & Push Start | Tidak | Ya | Ya |
| 360 Panoramic View Monitor | Tidak | Tidak | Ya |
Untuk maklumat teknikal lengkap termasuk dimensi, ciri keselamatan dan spesifikasi penuh, sila rujuk halaman model rasmi.
Lihat Spesifikasi Penuh Perodua Alza
Tempah Perodua Alza 2026 Sekarang
Untuk maklumat promosi terkini, rebat istimewa dan tempahan Perodua Alza 2026, hubungi penasihat jualan Perodua anda hari ini.
Tempahan online tersedia untuk seluruh Malaysia.
Dokumen Diperlukan Untuk Tempahan
| Kategori Pemohon | Dokumen |
|---|---|
| Kerja Swasta / Kerajaan | IC, Lesen, Slip Gaji 3 Bulan, Penyata Bank 3 Bulan |
| Skim Graduan | IC, Lesen, Offer Letter, Skrol atau Transkrip |
| Berniaga / Kerja Sendiri | IC, Lesen, SSM, Penyata Bank 6 Bulan |
Soalan Lazim Perodua Ativa 2026
-
Apakah harga permulaan Perodua Alza 2026?
Harga bermula dari sekitar RM64,815.00 untuk varian 1.5 X.
-
Bolehkah saya menempah Perodua Alza secara online?
Ya. Tempahan boleh dibuat terus dengan menghantar dokumen lengkap kepada En. Nazrin melalui WhatsApp atau emel.
-
Bagaimana cara mengira ansuran bulanan Perodua Alza?
Gunakan Perodua Loan Calculator di laman web kami untuk semakan cepat berdasarkan deposit, tempoh pinjaman dan kadar faedah 3.2%
-
Berapa lama tempoh menunggu untuk Perodua Alza?
Tempoh menunggu biasanya 1–3 bulan, bergantung kepada varian, warna dan stok. Maklumat terkini akan diberikan semasa tempahan.
-
Di mana saya boleh lihat model Perodua lain?
Anda boleh lawati halaman Senarai Model Perodua untuk perbandingan model lain seperti Axia, Bezza, Myvi, Ativa dan Aruz.
Nota: Semua harga adalah anggaran dan boleh berubah tanpa notis. Sila hubungi kami untuk sebut harga rasmi dan tarikh serahan terkini.


